Ahad, 27 Ogos 2017 | 6:59am
PEMAIN Leicester City, Matty James (kanan) diasak pemain Manchester United, Marouane Fellaini pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Leicester City, Matty James (kanan) diasak pemain Manchester United, Marouane Fellaini pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Leicester City, Riyad Mahrez (kiri) rebah selepas diasak pemain Manchester United, Henrikh Mkhitaryan pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Leicester City, Riyad Mahrez (kiri) rebah selepas diasak pemain Manchester United, Henrikh Mkhitaryan pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi tadi. - Foto Reuters

Man United kekal rentak cemerlang

MANCHESTER: Manchester United merakam kemenangan Liga Perdana Inggeris ketiga berturut-turut musim ini selepas pemain gantian Marcus Rashford dan Marouane Fellaini meledak gol untuk menewaskan Leicester City 2-0 di Old Trafford, awal pagi tadi.

United kendalian Jose Mourinho yang kini menerajui liga, hampir dikecewakan di laman sendiri apabila penguasaan penuh sepanjang babak pertama gagal diterjemahkan kepada jaringan.

Penjaga gol Leicester City, Kasper Schmeichel beraksi cemerlang menafikan percubaan-percubaan United, namun akhirnya tewas dengan rembatan Rashford pada minit ke-70.

PEMAIN Manchester United, Marcus Rashford (kiri) diasak pemain Leicester City, Matthew James pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi tadi. - Foto EPA
PEMAIN Manchester United, Marcus Rashford (kiri) diasak pemain Leicester City, Matthew James pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi tadi. - Foto EPA

Antara peluang terbaik United untuk mendahului permainan adalah menerusi sepakan penalti di awal babak kedua, namun sepakan Romelu Lukaku berjaya dibaca Schmeichel - anak Peter Schmeichel yang pernah memenangi lima gelaran liga bersama United.

Lapan minit sebelum tamat, Fellaini menyempurnakan umpanan Jesse Lingard untuk mengesahkan kemenangan buat tuan rumah. - REUTERS

PEMAIN Manchester United, Marcus Rashford meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Leicester City pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi tadi. - Foto Reuters

Berita Harian X