Jumaat, 21 Julai 2017 | 9:45pm
BINTANG Arsenal, Mesut Ozil. - Foto REUTERS
BINTANG Arsenal, Mesut Ozil. - Foto REUTERS

Gunners sedia jadikan Ozil termahal di Emirates

LONDON: Perancang bintang Arsenal, Mesut Ozil semakin hampir mengikat kontrak baharu bersama Gunners, menurut laporan media di Britain.

Kontrak pemenang pingat Piala Dunia Jerman itu akan berakhir pada musim 2017/18 namun kelab berpangkalan di London itu yakin untuk melengkapkan perbincangan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Mengikut laporan, terma bagi memastikan pemain berusia 28 tahun itu untuk kekal di Emirates adalah sekitar STG280,000 pound (RM1.56 juta) seminggu.

Ia akan menjadikannya sebagai penerima gaji paling tinggi di Arsenal sekalipun dipercayai Ozil sebelum ini meminta jumlah menghampiri STG350,000 pound (RM1.95 juta).

Ozil dan seorang lagi pemain bintang, Alexis Sanchez dikaitkan dengan perpindahan pada musim panas ini dengan bintang dari Chile itu mendapat minat daripada kelab-kelab terbesar Eropah.

Ozil sebelum ini dipikat Arsenal dengan nilai STG42.5 juta pound (RM236.92 juta) dari Real Madrid pada 2013. - AFP

Berita Harian X