Khamis, 20 Julai 2017 | 8:44am

Celtic gah ke pusingan ketiga

ZURICH: Celtic, Legia Warsaw dan Salzburg meraih kemenangan selasa di laman sendiri untuk melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara tanpa melepaskan sebarang gol dalam aksi pusingan kedua, awal pagi tadi.

PEMAIN Celtic, Scott Sinclair (kiri) cuba dihalang pemain Linfield, Chris Casement pada aksi pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara, awa pagi tadi. - Foto REUTERS
PEMAIN Celtic, Scott Sinclair (kiri) cuba dihalang pemain Linfield, Chris Casement pada aksi pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara, awa pagi tadi. - Foto REUTERS

Dua gol hasil ledakan Scott Sinclair membantu kelab bekas juara Eropah, Celtic meraih kemenangan 4-0 ke atas Linfield untuk menjadikan kelebihan agregat 6-0.

Tom Rogic dan pemain simpanan, Stuart Armstrong melengkapkan pesta jaringan Celtic, yang pernah merangkul gelaran Scotland enam musim lalu.

The Hoops yang mencipta kemenangan 2-0 di Belfast minggu lalu menemui rentak permulaan sempurna apabila Sinclair meledak gol pertama pada minit keempat.

Bagaimanapun, kelemahan di bahagian penyudah menyaksikan pasukan itu terpaksa menunggu sehingga 47 minit lagi untuk gol kedua sebelum pemain antarabangsa Australia, Rogic membolosi gawang lawan dari Ireland Utara berkenaan.

Sinclair menambah koleksi gol pada minit ke-55 sebelum Armstrong meningkatkan jumlah gol pada masa tambahan untuk menempah tempat ke pusingan kelayakan ketiga bertemu Rosenborg.

Celtic akan menjadi tuan rumah buat juara Norway itu yang turut layak menerusi masa tambahan untuk menundukkan Dundalk di Glasgow.

"Ada kalanya bola sepak di peringkat ini adalah amat baik," kata pengurus Celtic, Brendan Rodgers.

"Kami banyak membazirkan peluang pada separuh masa pertama namun asakan berterusan membolehkan kami mengalahkan mereka," kata bekas pengendali Liverpool ini. - AFP

Berita Harian X