Jumaat, 14 Julai 2017 | 9:52am

Sidibe, Glik kekal bersama Monaco

DUA tonggak pertahanan Monaco, Djibril Sidibe dan Kamil Glik
DUA tonggak pertahanan Monaco, Djibril Sidibe dan Kamil Glik

MONACO: Dua tonggak pertahanan, Djibril Sidibe dan Kamil Glik beri keceriaan buat juara Perancis, AS Monaco selepas menandatangani lanjutan kontrak untuk terus kekal bersama kelab itu.

Sidibe yang sering dikaitkan berhijrah ke Liga Perdana Inggeris namun lanjutan itu menyaksikannya terus setia bersama Monaco sehingga 2022, manakala Glik yang ingin disunting Tottenham Hotspur, kekal sehingga 2021.

"Objektif musim ini tetap sama. Kami mahu sejauh mungkin dalam saingan Liga Juara-Juara, terus meraih kemenangan dan mempertahankan mahkota kejuaraan Liga Perancis," kata Glik.

Musim lalu, kedua-dua pemain ini memainkan peranan penting untuk menjulang Monaco meraih kejuaraan Ligue 1 buat kali pertama dalam tempoh 17 tahun malah layak sehingga separuh akhir Liga Juara-Juara.

Ketua pasukan, Radamel Falcao juga turut menandatangani kontrak baharu dan naib presiden kelab, Vadim Vasilyev.

"Kami akan terus kekalkan kontrak pemain utama dan juga mendapatkan pemain lain untuk memastikan kelab ini setaraf di peringkat tertinggi pada musim depan," katanya.

Bagaimanapun, Monaco menjual Bernardo Silva kepada Manchester City dengan nilai 50 juta pound sterling (RM244. 6 juta) dan membenarkan Valere Germain serta Nabil Dirar meninggalkan kelab. - AFP

Berita Harian X