Khamis, 11 April 2019 | 9:23am
Pautan Facebook Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) di https://bit.ly/2X0HMAg
Pautan Facebook Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) di https://bit.ly/2X0HMAg

Pengiktirafan UEC cabar status quo Perlembagaan

Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) mengambil peduli pengiktirafan Peguam Negara untuk membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).

Tindakan ini mencabar status quo kedaulatan Perlembagaan dan boleh mewujudkan dualisme sistem pendidikan. Sepatutnya pengiktirafan ini perlu melalui mesyuarat Kabinet dan bukan dilakukan terburu-buru tanpa pengetahuan pihak Kementerian Pendidikan.

Kita melihat pengiktirafan ini membawa kepada pelebaran jurang perpaduan antara semua kaum, manakala usaha memupuk perpaduan melalui wadah pendidikan sukar direalisasikan.

Malah ia menganaktirikan anak murid yang melalui sistem pendidikan arus perdana terutama di sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) Cina dan Tamil.

Perkasa sekolah kebangsaan

Justeru, iGuru melihat sekolah kebangsaan perlu diperkasa sebagai sekolah pilihan semua kaum dan pengiktirafan ini akan melemahkan usaha memperkasa sekolah kebangsaan.

Kita berharap kebenaran menyambung CLP ini perlu mengambil kira pandangan semua pihak dan tidak menyentuh sensitiviti kaum yang boleh menggugat keharmonian negara.

Kita juga mendesak supaya pihak yang berkaitan menangani isu graduan undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang belum diiktiraf dan mendapat kelulusan penuh lagi.

Mohd Azizee Hasan,
Presiden iGuru

Berita Harian X