Rabu, 12 Januari 2022 | 1:13pm
Superficiality mengandungi 10 cerita pendek mengenai kehidupan yang melingkari kita sebagai rakyat Malaysia merentasi batas sempadan status sosial. - Foto ihsan Tee Lin Dee
Superficiality mengandungi 10 cerita pendek mengenai kehidupan yang melingkari kita sebagai rakyat Malaysia merentasi batas sempadan status sosial. - Foto ihsan Tee Lin Dee

Realiti hidup Malaysia dalam 'Superficiality'

KUALA LUMPUR: Penulis tempatan yang menulis dalam bahasa Inggeris tidak banyak berbeza dengan pengarang berbahasa kebangsaan kerana umumnya mereka membentuk gaya dan identiti selari dengan usia kemerdekaan negara.

Seorang daripadanya adalah Tee Lin Dee yang tampil dengan naskhah kumpulan cerpen pertama, Superficiality.

Mengandungi 10 cerita pendek, ia adalah kisah kehidupan yang melingkari kita sebagai rakyat Malaysia merentasi batas sempadan status sosial.

Lin Dee yang juga mantan wartawan dengan 14 tahun pengalaman, berkata beliau ingin berkongsi pemikirannya dengan masyarakat umum menerusi cerpen supaya mereka diberi peluang melihat isu sama dalam perspektif berbeza.

"Ada satu cerpen dalam naskhah ini bercerita mengenai Aysha yang dikongkong ibu bapanya selain kerumitan hidup dalam menangani cinta anak muda.

"Ada juga kisah mengenai Jun, doktor muda yang mula bekerja di hospital tetapi terkejut kerana realiti kehidupan di situ berbeza dengan tanggapannya," katanya.

Lin Dee berkata, hampir kesemua cerpen dalam naskhah ini adalah mengenai warga Malaysia dan menyentuh mengenai kepelbagaian kaumnya. Ia adalah kehidupan moden di negara ini yang memperlihatkan setiap satu daripada kita saling berhubung dan terkait.

Naskhah berharga RM39 ini boleh diperoleh di kedai buku utama atau di laman sesawang.

Berita Harian X