Jumaat, 8 Mei 2020 | 10:18pm
Presiden Perancis, Emmanuel Macron. - Foto AFP
Presiden Perancis, Emmanuel Macron. - Foto AFP

COVID-19: Sektor budaya Perancis dapat suntikan semangat

PARIS: Perancis bakal membuka sebahagian galeri seni dan muzium pada minggu depan.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berkata beliau berjanji untuk menyokong sektor kebudayaan di negara itu yang terjejas akibat perintah berkurung COVID-19.

Macron yang berbincang dengan ramai artis, pengarang dan pengarah filem secara maya, berjanji untuk menyambung bantuan kepada pelakon dan penggiat seni yang tidak dapat bekerja hingga tahun depan.

Beliau turut berjanji untuk mewujudkan tabung untuk membantu industri filem yang lumpuh..

Dengan pawagam, teater atau panggung konsert apabila Perancis mula melonggarkan kawalan ketat selepas hampir dua bulan bermula Isnin ini, Macron berkata, latihan akan dapat dimulakan.

Macron turut berjanji 'program besar suruhanjaya awam' untuk membantu sektor itu kembali bergerak, sekali gus dapat membantu lebih 1.3 juta penggiat terutama seniman muda.

Sementara itu, Menteri Kebudayaan, Franck Riester, berkata sebahagian perpustakaan awam dan monumen kebangsaan boleh membuka semula premis masing-masing minggu depan sekiranya penjarakan sosial dipatuhi.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mengingatkan supaya ia tidak dilakukan secara tergesa-gesa.

Dengan semua kalendar festival seni dan muzik sempena musim panas yang padat dibatalkan ekoran COVID-19, Macron berkata, beliau berusaha mengelakkan pekerja seni daripada terjejas teruk.

Ramai dalam kalangan artis persembahan dan pekerja budaya di Perancis memperoleh manfaat daripada sistem kebajikan penganggur untuk menampung pendapatan mereka.

Sebahagian penggiat, Macron menyarankan supaya dapat menawarkan khidmat kepada sekolah dengan saiz kelas terpaksa dikecilkan secara drastik dalam usaha mengurangkan risiko gelombang kedua jangkitan.

Tokoh seni dan hiburan menyambut baik langkah itu.

Pengarang dan penyanyi Rap, Abd al Malik yang turut mengambil bahagian dalam telesidang memberitahu AFP bahawa beliau mengharapkan langkah yang besar daripada Presiden.

Sementara itu, pengurus teater di Paris, Jean-Marc Dumontet, berkata beliau bersemangat dengan pendirian Macron untuk menyokong pekerja seni dan pendekatan proaktif untuk membantu sektor itu.

"Ia langkah pertama," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X