Khamis, 2 Januari 2020 | 10:24am
Lukisan karya mahaguru Sepanyol, Pablo Picasso dirosakkan di Tate Modern Gallery, Sabtu lalu. - Sumber BBC
Lukisan karya mahaguru Sepanyol, Pablo Picasso dirosakkan di Tate Modern Gallery, Sabtu lalu. - Sumber BBC

Lukisan kekasih Picasso berharga RM108 juta dikelar

LONDON: Polis British menahan seorang lelaki atas tuduhan kerosakan jenayah selepas lukisan karya mahaguru Sepanyol, Pablo Picasso seperti dilaporkan BBC, dirosakkan di galeri di sini, hujung minggu lalu.

Insiden itu berlaku di Tate Modern Gallery, Sabtu lalu, membabitkan karya Picasso dihasilkan pada 1944, Bust of a Woman, bernilai kira-kira £20 juta pound (RM108 juta).

BBC seperti dipetik berkata, lukisan itu menggambarkan kekasih Picasso, Dora Maar dan dilukis di Paris pada Mei 1944 ketika bulan terakhir penjajahan Nazi occupation dilaporkan dikoyak.

Kenyataan itu berkata, insiden itu berlaku di Tate Modern pada 28 Disember, apabila seorang awam cuba merosakkan sebuah lukisan.

“Suspek itu berjaya ditangkap dan sudah didakwa. Polis dalam proses penyiasatan. Hasil karya itu kini berada dengan pasukan pemuliharaan kami untuk penilaian pakar,” katanya.

Sementara itu, polis London dalam kenyataannya berkata, detektif menyiasat kes kerosakan jenayah di Tate Modern pada 28 Disember dan menahan seorang lelaki. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X