Rabu, 6 November 2019 | 10:39am
Penulis veteran Ireland, Edna O’Brien dianugerahkan hadiah khas Femina. - Foto EPA

Kisah Boko Haram culik gadis, menang anugerah novel

PARIS: Penulis veteran Ireland, Edna O’Brien dianugerahkan hadiah khas selepas novel mutakhirnya terlepas peluang memenangi anugerah Femina untuk karya asing.

Karya berjudul Girl itu, menyorot penculikan gadis oleh kumpulan pengganas Boko Haram di Nigeria, sekali gus dipuji pengkritik.

The Observer menyifatkannya berjaya menunjukkan ‘keberanian dan kepekaan.’


Penulis veteran Ireland, Edna O’Brien dianugerahkan hadiah khas Femina. - Foto EPA

The Guardian pula mengaguminya kerana pada usia 88 kelihatan semakin tidak gentar untuk melakukan eksperimen dan mengambil risiko.

Sementara juri Femina dianggotai wanita, menobatkan hadiah fiksyen asing tertinggi itu kepada novelis Sepanyol, Manuel Vilas untuk autobiografinya, Ordesa, mereka mewujudkan anugerah khas kepada O’Brien bagi mengiktiraf karyanya sepanjang hayat.

O’Brien yang kerjayanya bermula hampir 60 tahun lalu dengan trilogi Country Girls, memenangi Anugerah PEN/Nabokov di New York pada tahun lalu untuk karier yang memecahkan tembok sosial dan seksual bagi wanita di Ireland dan selainnya.

Karya Vilas yang mengungguli senarai buku pengkritik sepanjang tahun di negara kelahirannya, Sepanyol, berkongsi kisah kematian kedua-dua ibu bapa dan perjuangannya untuk memahami persoalan besar mengenai hidup serta mati.


Sylvain Prudhomme memenangi hadiah utama Femina untuk karya bahasa Perancis melalui novelnya, Par les routes. - Foto AFP

Hadiah utama Femina untuk karya bahasa Perancis dimenangi Sylvain Prudhomme untuk novelnya, Par les routes. - AFP

Berita Harian X