Isnin, 7 Oktober 2019 | 11:05am
Runtuhan kota berusia 5,000 tahun daripada Zaman Gangsa ditemui. - Foto EPA

Kota kuno 5,000 tahun ditemui

HADERA: Runtuhan kota berusia 5,000 tahun yang menjadi antara terbesar era itu di Asia Barat, ditemui di sini.

Antara sisa yang ditemui ahli arkeologi Israel itu ialah kubu, kuil dan perkuburan.

Ahli arkeologi Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Yitzhak Paz, berkata pihaknya menemui binaan bandar sangat besar dan terancang yang memisahkan kawasan perumahan dengan ruang awam.

Paz menyifatkan penemuan itu sebagai terbesar di rantau berkenaan daripada Zaman Gangsa.

Sementara itu, ahli arkeologi, Itai Elad, berkata tapak arkeologi yang dikenali sebagai En Esur itu, ialah tapak terbesar dan terpenting daripada era berkenaan.

“Ia seluas 0.62 kilometer persegi yang bermakna dua kali ganda daripada apa yang sudah kita ketahui,” katanya kepada AFP.

Kuil yang ditemui dalam kota kuno itu mempunyai patung kecil nadir dengan wajah manusia dan haiwan.

Turut ditemui tulang haiwan yang rentung dalam basin batu yang dikatakan bukti upacara korban.

Eskavasi itu turut menyebabkan kependudukan yang lebih lama sekitar 7,000 tahun lalu daripada era Kalkolitik ditemui meskipun lebih kecil berbanding penemuan sebelum ini.

Paz berkata, kota purba berkenaan ialah langkah pertama dalam proses perbandaran untuk kaum Kanaan ketika itu.

Ahli arkeologi lain, Dina Shalem, berkata ia termasuk kubu sepanjang 20 meter panjang dan dua meter tinggi, selain perkuburan.

Elad berkata, sekitar empat juta serpihan ditemui di tapak itu termasuk pecahan tembikar, batu api dan pasu diperbuat daripada batu serta batu hitam gunung berapi.

Sebahagian peralatan itu juga berasal dari Mesir.

Turut ditemui ialah belantan yang dipercayai digunakan sebagai senjata.

Paz berkata, ribuan orang pernah menetap di bandar ini daripada pertanian hingga perdagangan.

Katanya, tapak itu ditinggalkan pada abad ketiga sebelum Masihi tanpa sebab diketahui.

Eskavasi itu dijalankan selama dua tahun setengah dengan membabitkan 5,000 remaja dan sukarelawan.

Berita Harian X