Khamis, 29 November 2018 | 9:59am
Set cap mohor dari Zaman Qajar, Persia Kurun Ke-19 juga merupakan antara artifak yang terdapat dalam Pameran Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad SAW di Muzium Warisan Islam Sarawak. - Foto Melvin Joni
Set cap mohor dari Zaman Qajar, Persia Kurun Ke-19 juga merupakan antara artifak yang terdapat dalam Pameran Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad SAW di Muzium Warisan Islam Sarawak. - Foto Melvin Joni
Keris turut dipamerkan dalam Pameran Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad SAW di Muzium Warisan Islam Sarawak. - Foto Melvin Joni
Keris turut dipamerkan dalam Pameran Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad SAW di Muzium Warisan Islam Sarawak. - Foto Melvin Joni

Pameran sejarah Nabi, senjata tamadun Islam

 

KUCHING: Senjata dalam sejarah Islam bukan semata-mata alat mempertahankan diri dan agama atau digunakan dalam perang memerangi musuh, sebaliknya menampilkan seni halus.

 

Kehebatan senjata dan kehalusan seni dalam ketamadunan Islam itu dirakam pada Pameran Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad SAW di Muzium Warisan Islam Sarawak di sini, sempena sambutan Maulidur Rasul 2018.

 

Antara tarikan utama pameran itu ialah replika Pedang Zulfiqar, iaitu pedang Saidina Ali ibnu Abi Talib RA, selain keris yang terkenal dalam budaya bangsa Melayu.

Replika Pedang Zul Faqar menjadi antara tarikan dalam Pameran Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad SAW di Muzium Warisan Islam Sarawak. - Foto Melvin Joni
Replika Pedang Zul Faqar menjadi antara tarikan dalam Pameran Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad SAW di Muzium Warisan Islam Sarawak. - Foto Melvin Joni

Pengarah Muzium Sarawak, Ipoi Datan, pameran itu membuktikan kehebatan Nabi Muhammad SAW dan sahabat RA menggunakan pelbagai jenis senjata.

 

“Ia juga menggambarkan ketinggian tamadun Islam dalam usaha mempertahankan diri daripada ancaman musuh dan memerangi musuh yang cuba menghancurkannya,” katanya pada media selepas Majlis Perasmian Pameran Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad SAW.

 

Yang turut hadir Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

 

Senjata yang dipamerkan juga memperlihatkan kehebatan pengukir sewaktu zaman keagungan Islam dalam mengukir senjata apabila mengadunkan simbol peperangan dan kehalusan nilai seni.

Set cap mohor dari Zaman Qajar, Persia Kurun Ke-19 juga merupakan antara artifak yang terdapat dalam Pameran Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad SAW di Muzium Warisan Islam Sarawak. - Foto Melvin Joni
Set cap mohor dari Zaman Qajar, Persia Kurun Ke-19 juga merupakan antara artifak yang terdapat dalam Pameran Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad SAW di Muzium Warisan Islam Sarawak. - Foto Melvin Joni

Gambarkan semangat jihad

 

Ia juga menggambarkan semangat jihad melalui seni ukir dan reka bentuk pada setiap senjata diukir.

 

Beberapa koleksi seni bina Islam lain disertakan pada Pameran Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad SAW sehingga 14 Disember ini.

 

Antaranya ‘Daun Pintu’, iaitu pintu kayu yang diukir dengan ayat suci al-Quran yang berwarna emas dan merah yang biasanya digunakan di rumah orang Melayu pada abad ke-15 dan ke-16.

Turut dipamerkan, ukiran kaca bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan kaligrafi yang biasanya digunakan di rumah orang Melayu berketinggian 240 sentimeter dan 480 cm lebar untuk membolehkan sistem pengudaraan baik dan cahaya memasuki bilik.

Perisai turut dipamerkan dalam Pameran Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad SAW di Muzium Warisan Islam Sarawak. - Foto Melvin Joni
Perisai turut dipamerkan dalam Pameran Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad SAW di Muzium Warisan Islam Sarawak. - Foto Melvin Joni

Malah, set cap mohor dari Zaman Qajar, Parsi abad ke-19 juga antara artifak yang terdapat dalam pameran itu.

 

 

Pameran Sejarah Kehidupan Nabi Muhamad SAW sebahagian daripada aktiviti Muzium Sarawak tahun ini untuk memberi manfaat kepada pencinta sejarah menerusi pameran, selain bengkel seni Khat, kuiz dan ekplorasi mencari harta karun.

Berita Harian X