Sabtu, 21 November 2015 | 11:06am

Helikopter bawa tujuh orang terhempas di New Zealand

WELLINGTON: Sebuah helikopter yang membawa tujuh orang di dalam pesawat dilaporkan terhempas di pusat pelancongan popular Fox Glacier, demikian menurut agensi mencari dan menyelamat New Zealand, hari ini.

"Sebuah helikopter terhempas di Fox Glacier. Difahamkan tujuh orang di dalam pesawat.

"Empat helikopter sudah dikerah ke lokasi nahas," kata jurucakap Pusat Koordinasi Menyelamat New Zealand, Vince Cholewa.

Cholewa berkata, setakat ini, nasib penumpang dan anak kapal pesawat termasuk kewarganegaraan mereka belum diketahui.

KEADAAN cuaca yang tidak menentu di Fox Glacier menyukarkan lagi operasi mencari dan menyelamat mangsa nahas. - Foto EPA
KEADAAN cuaca yang tidak menentu di Fox Glacier menyukarkan lagi operasi mencari dan menyelamat mangsa nahas. - Foto EPA

Fox Glacier terletak di pesisiran pantai terpencil di selatan New Zealand dan dilawati ribuan pelancong setiap tahun.

Helikopter berkenaan milik Alpine Adventures, syarikat yang menyediakan perkhidmatan penerbangan kembara kepada pelancong dengan mendarat di kawasan ais.

Pada tahun 2010, sebuah pesawat menghala ke Fox Glacier terhempas ketika baru berlepas dari sebuah pekan kecil berhampiran, mengorbankan semua sembilan orang di dalam pesawat termasuk empat pelancong asing. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X