Ahad, 5 Oktober 2014 | 5:30pm
PASUKAN perubatan membantu pemandu Marussia, Jules Bianchi yang terbabit dalam kemalangan ketika beraksi dalam F1 GP Jepun di litar Suzuka, hari ini. - Foto EPA

F1: Hamilton juarai GP Jepun, Bianchi ke hospital

PELUMBA Formula Satu (F1) Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton (dua dari kanan) menjuarai Grand Prix Jepun di Suzuka hari ini, mengetepikan rakan sepasukan, Nico Rosberg (kiri) di tempat kedua. Pemandu jentera RedBull, Sebastian Vettel (kanan) meraih tempat ketiga. - Foto Reuters

TOKYO: Lewis Hamilton merakamkan antara kejayaan terbaik dalam Formula Satu (F1) apabila menjuarai Grand Prix Jepun, hari ini dalam keadaan litar yang basah untuk melebarkan kedudukan selaku pendahulu kejuaraan.

Namun, perlumbaan kali ini dibayangi pelanggaran membabitkan pemandu Marussia, Jules Bianchi yang terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tidak sedar diri.

Perlumbaan di Litar Suzuka itu terpaksa dihentikan sejurus selepas insiden itu.

Hamilton memintas rakan sepasukan, Nico Rosberg untuk mendapatkan cengkaman pendahuluan dan gambaran dirakamkan pada ketika itu itu akan diingat untuk bertahun-tahun lamanya.

Pemandu Red Bull, Sebastian Vettel mendapat tempat ketiga di hadapan rakan sepasukan, Daniel Ricciardo dan Jenson Button dari McLaren.

Hamilton melebarkan pendahuluan dalam kejuaraan pemandu kepada 10 mata dengan baki empat perlumbaan.

Berita Harian X