Jumaat, 20 November 2015 | 8:01pm

Teater muzikal Mak Cun dilanjutkan

PEMENTASAN teater Muzikal Mak Cun di Istana Budaya. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

KUALA LUMPUR: Pementasan teater muzikal Mak Cun di Istana Budaya yang dijadualkan sehingga Ahad ini dilanjutkan selama tiga hari lagi dari 27 hingga 29 November ini.

Pengarah dan penerbitnya, Erma Fatima Erma, berkata keputusan diambil atas permintaan orang ramai yang tidak berkesempatan untuk menonton pementasan teater itu.

"Keputusan diambil selepas perbincangan bersama Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani. Ini kerana ramai yang tidak berpeluang menonton teater itu kerana tiket sudah habis dijual.

"Alhamdulillah saya bersyukur dengan sambutan hangat yang diberikan oleh orang ramai. Barisan pelakon Mak Cun turut berbesar hati dengan sokongan yang diberikan oleh semua pihak," katanya.

Sementara itu, pementasan teater Bawang Putih Bawang Merah yang dijadual pada 28 November hingga 6 Disember ditunda kepada 3 hingga 8 Disember.

Berita Harian X