Sabtu, 14 November 2015 | 5:52pm

Banjir di Simpang Renggam semakin pulih

MANGSA banjir, Halus Jumin (kanan) bersama anak saudara, Nurul Zulaikha Mohd Isa (kiri) membersihkan rumah selepas ditengelami air banjir di Kampung Kolam Air, Simpang Renggam. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
MANGSA banjir, Halus Jumin (kanan) bersama anak saudara, Nurul Zulaikha Mohd Isa (kiri) membersihkan rumah selepas ditengelami air banjir di Kampung Kolam Air, Simpang Renggam. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

JOHOR BAHARU: Banjir yang melanda Simpang Renggam di sini beransur pulih hari ini dengan sebuah pusat pemindahan ditutup, menjadikan hanya tiga pusat sahaja yang masih beroperasi sehingga 4 petang tadi.

Bilangan mangsa banjir yang masih berada di tiga pusat pemindahan adalah seramai 134 orang daripada 31 keluarga, berbanding 158 daripada 39 keluarga setakat 8 pagi tadi.

Pegawai Daerah Kluang, Muhammad Fuad Radzuan berkata penutupan pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Linau, Machap itu dilakukan pada 4 petang tadi berikutan paras air di Empangan Machap di sini surut 16.91 meter berbanding 16.93 pada sebelah pagi tadi.

"Semua 24 mangsa daripada lapan keluarga yang berada di pusat SK Sungai Linau sejak tiga hari lepas dibenarkan balik ke rumah masing-masing pada 2 petang tadi.

"Baki mangsa yang lain pula masih berada di tiga pusat iaitu Dewan Kampung Kolam Air (Ulu Benut); Balai Raya Kampung Seri Maju Jaya dan Dewan Orang Ramai Kampung Ithnin Maarof (Machap)," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

-- BERNAMA

Berita Harian X