Rabu, 11 November 2015 | 10:35am
GEMPA bumi kuat berukuran 6.6 magnitud melanda luar pantai Chile hari ini. - Foto USGS
GEMPA bumi kuat berukuran 6.6 magnitud melanda luar pantai Chile hari ini. - Foto USGS

Gempa kuat 6.6 magnitud landa Chile

CHILE: Gempa bumi kuat berukuran 6.6 magnitud melanda luar pantai Chile hari ini, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa itu pada mulanya dilaporkan berkekuatan 6.8 magnitud iaitu di kedalaman cetek, 23.6 batu (38 kilometer (km)) di bawah dasar laut.

Pusat gempa adalah di 67 batu (108 km) di barat laut Coquimbo.

Gempa bumi itu bagaimanapun tidak mencetuskan tsunami, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik. - REUTERS

Berita Harian X