Selasa, 10 November 2015 | 9:21pm

Vardy, Wenger terbaik EPL pada Oktober


PENYERANG Leicester City, Jamie Vardy. - Foto REUTERS

LONDON: Penyerang Leicester City, Jamie Vardy cipta sejarah apabila dipilih sebagai Pemain Terbaik Bulan Oktober saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Pemilihannya dibuat selepas berjaya menjaringkan lima gol daripada empat penampilan sepanjang bulan lalu.

Ini adalah kali pertama pemain kelab berkenaan memenangi anugerah itu dalam tempoh 15 tahun.


PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger. - Foto ihsan Daily Mail

Sementara itu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger dipilih sebagai Pengurus Terbaik Bulan Oktober EPL.

Pemilihannya dibuat atas kejayaan membawa The Gunners memenangi semua empat aksi pada bulan berkenaan

Ini adalah anugerah sama ke-15 diterimanya sepanjang membimbing Arsenal.

- AGENSI

Berita Harian X