Jumaat, 6 November 2015 | 4:24pm

R&R Machap arah Selatan tutup Isnin

KAWASAN Rehat dan Rawat (R&R) Machap (Arah Selatan).

KUALA LUMPUR: Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Machap (Arah Selatan) di KM74.7, Lebuh Raya Utara Selatan, akan ditutup sementara pada Isnin ini untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan hari ini berkata penutupan itu akan bermula dari pukul 9 pagi hingga pukul 4 petang.

Sehubungan itu, semua kemudahan awam di kawasan rehat itu akan ditutup kepada orang ramai bagi meneruskan kerja-kerja penyelenggaraan.

"Bagaimanapun, stesen minyak dibuka kepada pengguna lebuh raya seperti biasa," kata kenyataan itu.

-- BERNAMA

Berita Harian X