Jumaat, 6 November 2015 | 8:04am
MOURINHO gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan hukuman penggantungan. - Foto EPA

Mourinho gagal dalam rayuan hukuman penggantungan

LONDON: Pengurus bermasalah, Jose Mourinho gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan hukuman penggantungan berada di dalam stadium untuk satu perlawanan yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak England.

Pengurus Chelsea itu dikenakan hukuman penggantungan itu bersama denda STG50,000 (AS$76,000) kerana komennya mengenai pengadil perlawanan, Robert Madley selepas skudnya kalah di kepada Southampton pada 3 Oktober lalu di Stamford Bridge.

Mourinho berang selepas skuad bimbingannya tidak diberikan sepakan penalti pada awal separuh masa pertama apabila penyerang, Radamel Falcao dijatuhkan oleh penjaga gol skuad The Saints, Stekelenburg namun sebaliknya dilayangkan kad kuning kerana merebahkan badan.

Southampton menang 3-1 dan dalam temubual selepas perlawanan Mourinho berkata: "Pengadil takut untuk memberi keputusan kepada Chelsea.

"Saya mahu menjelaskan di sini sekali lagi, pengadil takut untuk memberikan keputusan. Apabila kami di atas, kamu mahu orang yang terjunam. Apabila kami di bawah, berilah peluang kami." - AFP

Berita Harian X