Jumaat, 3 Oktober 2014 | 4:04pm

Miri, Cheras catat bacaan IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR: Miri dan Cheras mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 2 petang tadi dengan masing-masing pada bacaan 119 dan 109.

Berdasarkan bacaan sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) yang dimuatkan di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan di kedua-dua kawasan itu meningkat secara mendadak berbanding bacaan pada jam 12 tengah hari.

Sementara itu beberapa lagi kawasan turut mencatatkan kemerosotan kualiti udara iaitu di Putrajaya dan empat daerah di Selangor iaitu Shah Alam , Petaling Jaya, Banting dan Nilai yang berada pada tahap sederhana.

Berita Harian X