Sabtu, 31 Oktober 2015 | 8:05pm

Kawasan catat IPU sederhana meningkat

BACAAN Indeks Pencemaran Udara (IPU) seluruh negara baik dan sederhana setakat jam 7 petang ini. - Foto APIMS
BACAAN Indeks Pencemaran Udara (IPU) seluruh negara baik dan sederhana setakat jam 7 petang ini. - Foto APIMS

KUALA LUMPUR: Kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana meningkat kepada 10 setakat pukul 5 petang tadi berbanding tiga pada tengah hari tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan mencatat bacaan tahap sederhana ialah Bandaraya Melaka (71), Nilai (64), Jalan Tasek di Ipoh (59), Perai dan Seberang Jaya 2 (masing-masing 60 dan 56).

Kawasan lain yang mencatat IPU sederhana ialah Banting (65), Batu Muda (51), Putrajaya (67), Bakar Arang di Kedah (52) dan Pelabuhan Kelang (51).

Sementara itu, antara kawasan mencatat bacaan IPU baik ialah Kota Tinggi, Johor (24), Alor Setar (36), Bukit Rambai (39), Balok Baru di Kuantan (23), Kemaman (30) dan Cheras (40).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui IPU semasa.

- BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X