Rabu, 28 Oktober 2015 | 3:41pm

Majoriti kawasan catat IPU sihat setakat tengah hari

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di seluruh negara semakin pulih dengan majoriti kawasan mencatatkan kualiti udara sihat dan sederhana setakat jam 1.00 tengah hari tadi.

Mengikut portal Jabatan Alam Sekitar, sebanyak 26 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sihat, manakala 25 kawasan lagi merekodkan tahap IPU sederhana.

Antara kawasan mencatat IPU sederhana ialah Pelabuhan Klang (81); Shah Alam (77); Pasir Gudang, Petaling Jaya dan Putrajaya (masing-masing 67); Larkin Lama dan Banting (masing-masing 66); Bukit Rambai (63); Nilai dan Port Dickson (masing-masing 62) serta Batu Muda dan Cheras (masing-masing 60).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X