Isnin, 26 Oktober 2015 | 2:49pm
KEADAAN jerebu di sekitar Shah Alam mencatat bacaan IPU 74 iaitu pada paras sederhana pada jam 10 pagi. - Foto Shazreen Zamzuri
KEADAAN jerebu di sekitar Shah Alam mencatat bacaan IPU 74 iaitu pada paras sederhana pada jam 10 pagi. - Foto Shazreen Zamzuri

Pasir Gudang kekal catat IPU tidak sihat setakat 1 tengah hari

KUALA LUMPUR: Pasir Gudang di Johor masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 106 setakat jam 1 tengah hari berbanding bacaan 105 pagi tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 31 kawasan pula mencatat bacaan IPU sederhana antaranya Larkin Lama (89); Kota Tinggi (87); Pelabuhan Klang (80); Bukit Rambai (74); Bandaraya Melaka (72); Shah Alam (69); Petaling Jaya dan Cheras, Kuala Lumpur (masing-masing 67).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

- BERNAMA

Berita Harian X