Ahad, 25 Oktober 2015 | 2:45pm

Kualiti udara semakin baik, hanya 5 kawasan IPU tidak sihat

KEADAAN jerebu di sekitar Shah Alam mencatat bacaan IPU 124 iaitu pada paras tidak sihat pada jam 11 pagi. - Foto Shazreen Zamzuri
KEADAAN jerebu di sekitar Shah Alam mencatat bacaan IPU 124 iaitu pada paras tidak sihat pada jam 11 pagi. - Foto Shazreen Zamzuri

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara bertambah baik pada jam 1 tengah hari ini dengan kebanyakan kawasan menunjukkan penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), berbanding jam 9 pagi tadi.

Mengikut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), hanya lima kawasan masih mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu Pelabuhan Klang (125); Shah Alam (116); Banting (110); Pasir Gudang, Johor (108) dan Petaling Jaya (105).

Dua kawasan kekal merekodkan bacaan tahap sihat iaitu ILP Miri (47) dan Limbang (45).

Sementara 45 kawasan lain pula mencatatkan IPU sederhana.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - BERNAMA

Berita Harian X