X
Rabu, 21 Oktober 2015 | 11:34am

Pelabuhan Klang, Shah Alam rekod IPU sangat tidak sihat

JEREBU di sekitar jeti Pelabuhan Klang yang mencatat bacaan IPU 203 pagi tadi. - Foto Faiz Anuar
JEREBU di sekitar jeti Pelabuhan Klang yang mencatat bacaan IPU 203 pagi tadi. - Foto Faiz Anuar

SHAH ALAM: Satu lagi kawasan di Selangor mengalami kualiti udara sangat tidak sihat yang direkod oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada jam 10 tadi.

Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan IPU terbaharu 203 selepas Shah Alam (233) awal pagi ini.

Tiga lagi kawasan turut menunjukkan peningkatan iaitu di Banting (189), Petaling Jaya (186) dan Kuala Selangor (152).

Berita Harian X