Selasa, 20 Oktober 2015 | 4:07pm
KEADAAN jerebu di sepanjang Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) bacaan ipu 157* (tidak sihat). - Foto /Rosdan Wahid

Jerebu: USM, Alor Setar kawasan terbaru IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan negeri terus merosot pada petang ini berbanding pagi tadi dengan jumlah kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, meningkat kepada 23 kawasan.

Setakat jam 2 petang ini, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dan Alor Setar, Kedah menjadi dua lagi kawasan baru mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu masing-masing 102 dan 101.


KEADAAN jerebu di Bandar Kangar dengan bacaan IPU 80 di seluruh Negeri Perlis. - Foto Eizairi Shamsudin

Mengikut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 21 kawasan lagi yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Pelabuhan Kelang (176); Shah Alam (154); Kuala Selangor (141); Petaling Jaya dan Banting (masing-masing 129); Batu Muda, Kuala Lumpur (126); Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (126); Tanjung Malim dan Seri Manjung (masing-masing 122).

Jalan Tasek, Ipoh (119); Jerantut (118); Tawau (117); Putrajaya dan Bakar Arang, Sungai Petani (masing-masing 116); Kuala Terengganu (113); Port Dickson (111); Bukit Rambai (110); Cheras, Kuala Lumpur (109); Seberang Jaya 2, Perai (108); Seremban dan Kampung Air Putih, Taiping (masing-masing 102).


KEADAAN jerebu yang melanda Tawau yang mencatatkan bacaan Indek Pencemaran Udara IPU 123 sekitar jam 9.30 pagi. - Foto Abdul Rahemang Taiming

Sebanyak 29 kawasan pula mencatat bacaan IPU sederhana, antaranya Kemaman (100); Bandaraya Melaka dan Nilai (masing-masing 99); Kapit (98); Paka dan Perani (masing-masing 91) dan Samarahan (90).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - BERNAMA

Berita Harian X