Khamis, 15 Oktober 2015 | 1:46pm

Sun Life Malaysia, Bank Rakyat jalin kerjasama

AHLI Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Datuk Abdul Rahman Kasim (kanan) bersama Pengerusi Sun Life Malaysia, Datuk Dr Syed Muhamad Syed Abdul Kadir (kiri) menyaksikan majlis memeterai perjanjian empat tahun bankatakaful antara Pengarah Urusan yang juga Presiden Bank Rakyat Datuk Mustafha Abd Razak (dua dari kanan) dengan Ketua Pegawai Eksekutif Sun Life Malaysia, Muhammad Fikri Mohamad Rawi di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sun Life Malaysia Takaful Bhd (Sun Life Malaysia) dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) memeterai perjanjian empat tahun bankatakaful yang membolehkan produk Sun Life Malaysia diperkenalkan kepada lima juta pelanggan Bank Rakyat di seluruh negara. 

Menerusi kerjasama itu, pelanggan Bank Rakyat akan mendapat manfaat melalui akses kepada produk dan perkhidmatan Sun Life Malaysia yang inovatif. 

Sun Life Malaysia pula bakal menerima manfaat daripada rangkaian pengedaran dan keutuhan jenama Bank Rakyat yang meluas di pasaran. 

Pengerusi Sun Life Malaysia, Datuk Dr Syed Muhamad Syed Abdul Kadir, berkata pihaknya sudah melabur untuk membina infrastruktur dan sumber bagi memastikan proses perniagaan yang lancar serta automatik bagi memberikan pengalaman positif untuk pelanggan dan rakan perniagaan. 

"Apa yang lebih utama, sejak dua tahun lalu kami sudah berupaya mendekati sejumlah besar rakyat Malaysia melalui Bank Rakyat dan memastikan lebih ramai rakyat mempunyai perlindungan sewajarnya," katanya pada majlis menandatangani perjanjian empat tahun bankatakaful di sini, hari ini. 

Perjanjian  berkenaan adalah kesinambungan daripada kerjasama yang terjalin sejak tahun 2013. 

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X