Jumaat, 9 Oktober 2015 | 11:11am

Jerebu semakin berkurangan di seluruh negara

PEMANDANGAN langit biru di Putrajaya menandakan jerebu semakin pulih ketika gambar ini dirakamkan di Masjid Putra, Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah
PEMANDANGAN langit biru di Putrajaya menandakan jerebu semakin pulih ketika gambar ini dirakamkan di Masjid Putra, Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah

KUALA LUMPUR: Masalah jerebu di seluruh negara semakin berkurangan apabila hanya 38 kawasan termasuk Shah Alam, Kuala Lumpur dan Langkawi merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 9 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU bagi Shah Alam 77, Kuala Lumpur dan Langkawi, masing-masing 60.

Kawasan lain Nilai (61), Pelabuhan Klang (86) dan Seri Manjung, Perak (70).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. -- BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X