Rabu, 7 Oktober 2015 | 1:18pm

Raja Perlis pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-239

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail (tengah) mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 239 di Istana Negara, hari ini. Turut berangkat, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua kanan), Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin (dua kiri). Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man (tiga kanan) dan Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali (kanan). - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-239 di Istana Negara di sini.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu dihadiri semua raja Melayu kecuali Johor yang diwakili Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim manakala Pahang diwakili Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Dalam mesyuarat itu yang bermula 11 pagi, raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing kecuali Kelantan yang diwakili Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Semua Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak turut hadir ke mesyuarat berkenaan dengan diiringi Ketua Menteri masing-masing. - BERNAMA

Berita Harian X