Rabu, 7 Oktober 2015 | 1:03pm

Ezad Lazim teruja dapat anak kedua

BEKAS vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim berkongsi gambar anaknya di Instagramnya.
BEKAS vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim berkongsi gambar anaknya di Instagramnya.

KUALA LUMPUR: Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim teruja selepas isterinya selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Darwish pada Isnin lalu.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 36, berkata bayi lelaki seberat 2.9 kilogram selamat dilahirkan di sebuah hospital di sini.

"Alhamdulillah anak kami selamat dilahirkan pada Isnin lalu. Isteri dan anak berada dalam keadaan sihat dan menanti masa untuk keluar hospital.

"Walaupun doktor merancang agar isteri saya bersalin lebih awal apabila kandungan mencapai tempoh matang, dengan kuasa Tuhan anak saya dilahirkan cukup bulan.

"Buat masa ini saya tidak dapat mengulas lebih lanjut berhubung penyakit isteri saya. Doktor akan buat pemeriksaan lanjut selepas satu tempoh ditetapkan," kata Ezad kepada BH Online.

Isteri Ezad, Nor Azeana Ramli, 36, nekad untuk melahirkan anak kedua mereka walaupun sedang menghidap kanser Ketumbuhan Stroma Gastrousus (GIST).

GIST ialah sejenis ketumbuhan yang paling biasa terjadi di saluran usus yang menjejaskan saluran penghadaman atau struktur yang berhampiran dalam abdomen.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X