Isnin, 5 Oktober 2015 | 1:14am

Jerebu: Peningkatan bacaan IPU tahap tidak sihat di utara

LAYARI Portal Jabatan Alam Sekitar di http://apims.doe.gov.my/
LAYARI Portal Jabatan Alam Sekitar di http://apims.doe.gov.my/

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di utara terutama di Pulau Pinang mencatat peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat malam tadi, dengan Seberang Jaya 2 merekodkan bacaan tertinggi iaitu 191 berbanding 186 pada jam 6 petang tadi.

Menurut Portal Jabatan Alam Sekitar, hingga jam 10 malam ini Universiti Sains Malaysia turut mencatatkan peningkatan bacaan IPU tahap tidak sihat iaitu 189 diikuti Alor Setar (168), Perai (164), Seri Manjung (145), Langkawi (118) dan Kangar (112).

Sementara itu beberapa kawasan mencatatkan penurunan, namun masih berada pada tahap tidak sihat iaitu SK Jalan Pegoh dengan bacaan 173, Kampung Air Putih di Taiping (169), Shah Alam (162), Pelabuhan Klang dan Bakar Arang di Kedah (masing-masing 158), Batu Muda (153) manakala Putrajaya, Petaling Jaya dan Banting (masing-masing 150).

Selain itu Jalan Tasek di Ipoh turut merekodkan IPU tidak sihat iaitu 142 diikuti Cheras dan Kuala Selangor (masing-masing 135), Nilai (133), Seremban (131), Bandaraya Melaka (125), Port Dickson (124), Jerantut (120), Bukit Rambai (118), Kuala Terengganu dan Kemaman (114 dan 102), manakala Muar (101).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. -- BERNAMA

SMS PR HM 04/10/2015 23-13ST

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X