KUALA LUMPUR : Pelakon Raja Ilya menafikan dakwaan bahawa beliau bercinta dengan aktor, Syafie Naswip, 23.
Menurut Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramila Begum Raja Mohamad, hubungan rapat antara mereka berdua ibarat hubungan seorang kakak dengan adik.
"Saya mula rapat dengan dia kerana banyak bekerjasama untuk drama. Syafie adalah seorang budak yang baik dan rajin.
"Saya dan beberapa orang rakan artis menyenangi personaliti Syafie. Dia pandai membawa diri dalam industri dan membuatkan orang ramai terhibur dengan keletahnya.
"Terbaharu, kami bersama-sama ke Perlis bagi memeriahkan program Drama Bas anjuran TV3 dan TV9," katanya kepada BH Online.
Terdahulu, tindakan Syafie memuat naik sekeping gambar mereka berdua di laman Instagram milik Syafie beserta kata-kata manis, menimbulkan tanda tanya peminat sama ada dia dan Ilya kini sedang bercinta.