Jumaat, 2 Oktober 2015 | 11:35am

Lapan kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi

LAPAN kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi ini. - Foto APIMS
LAPAN kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi ini. - Foto APIMS

KUALA LUMPUR: Lapan kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi ini berbanding 14 kawasan yang dicatatkan pada 11 malam tadi.

Bandaraya Melaka dan Port Dickson mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu masing-masing 113, diikuti Bukit Rambai (111); Seremban (110); Banting (109); Larkin Lama dan Nilai masing-masing 102 dan Putrajaya (101).

Pelabuhan Klang dan Shah Alam yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat masing-masing 119 dan 112 malam tadi menurun kepada tahap IPU sederhana iaitu masing-masing 93 dan 91.

Sejumlah 25 kawasan lain turut mencatatkan bacaan IPU sederhana termasuk Balok Baru, Kuantan (98); Pasir Gudang (96); Kemaman 93; Batu Muda, Kuala Lumpur (92); Muar (90) dan Petaling jaya (89).

Sementara itu, 16 kawasan mencatat bacaan IPU sihat antaranya Bintulu (49); Sri Aman (43); Sibu (41); Tanjung Malim (38); Langkawi (39) dan Kangar (30).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - BERNAMA

Berita Harian X