Sabtu, 26 September 2015 | 2:59pm

IPU Balok Baru, Indera Mahkota tahap tidak sihat


BANDAR Kuantan hampir tidak kelihatan dalam jarak dua kilometer berikutan jerebu hari ini. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan 133 iaitu tahap sederhana. - Foto Zulkepli Osman

KUANTAN: Dua daerah di negeri ini mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga jam 1 petang tadi.

Mengikut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Balok Baru di sini mencatatkan 131 manakala Indera Mahkota pula 114.

IPU direkodkan di Balok Baru itu adalah yang paling tinggi berbanding kawasan lain di seluruh negara.

IPU tidak sihat juga dicatatkan di Kemaman, Terengganu (127) dan Bandaraya Melaka (122).

IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 pula tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berbahaya.

Berita Harian X