Rabu, 9 September 2015 | 5:27pm

Langkawi tuan rumah Kejohanan Layar Remaja Dunia Disember ini

LANGKAWI: Langkawi akan menjadi tuan rumah Kejohanan Perahu Layar Remaja Dunia Persekutuan Persatuan-Persatuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) yang akan bermula 27 Disember ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah berkata lebih 400 pelayar dari 83 buah negara akan mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang akan diadakan di Kompleks Perahu Layar Kebangsaan, di sini.

"Malaysia akan menyenaraikan 14 pelayar remaja terbaiknya untuk menggalas cabaran negara dalam kejohanan yang agak besar ini," katanya di sini hari ini.

Mohd Afendy berkata, wakil negara adalah antara 84 pelayar yang sudah menamatkan satu kem latihan intensif sini bulan lalu.

Kem latihan itu turut membabitkan pelayar-pelayar dari Indonesia dan Sweden, katanya. - BERNAMA

Berita Harian X