Rabu, 9 September 2015 | 11:43am

Tiada lagi kenduri gol aksi kelayakan Piala Dunia/Asia

GAWANG Harimau Malaya bolos apabila gol kedua Arab Saudi pada perlawanan keempat kumpulan A bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Stadium Shah Alam malam tadi. - Foto Hasriyasyah Sabudin

DOHA: Tiada lagi kenduri gol pada saingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 peringkat Zon Asia malam tadi dan awal pagi tadi, waktu Malaysia.

Pada Khamis lalu, Qatar membelasah Bhutan 15-0 manakala Malaysia pula dibenam Emiriyah Arab Bersatu (UAE), 10-0 dan Arab Saudi jinak Timor Leste 7-0.

Bagi saingan terbaharu ini, jaringan terbanyak dicatatkan adalah membabitkan Syria membelasah Kemboja, 6-0 dan Jepun membenam Afghanistan juga dengan jaringan sama.

Selain itu, Jordan membenam Bangladesh 4-0 dan Iran menundukkan India, 3-0.

Tiga negara jiran ASEAN iaitu Thailand, pula berjaya mengikat Iraq, 2-0 manakala Laos sekadar tumpas 2-0 kepada Kuwait. Filipina pula dibelasah 5-1 oleh Uzbekistan.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan:

KUMPULAN A

Palestine 0 UAE 0

* Aksi Malaysia v Saudi Arabia - perlawanan dihentikan pada minit ke-88 selepas penonton membaling suar ke padang. Arab Saudi sedang mendahului 2-1

Palestin 0 UAE 0

KUMPULAN B

Bangladesh 0 Jordan 4 (Deeb 13-pen, 56, Abu Amarah 33, Bakheet 71)

Tajikistan 0 Australia 3 (Milligan 57, Cahill 73, 90+1)

KUMPULAN C

Maldives 0 China 3 (Yu Dabao 8, 57, Zhang 66)

Hong Kong 2 (Bai 87, Karikari 88) Qatar 3 (Boudiaf 22, Hassan 62, Musa 84))

KUMPULAN D

Guam 0 Oman 0

India 0 Iran 3 (Azmoun 29, Teymourian 47, Taremi 51)

KUMPULAN E

Cambodia 0 Syria 6 (Khrbin 29, 39, Malki 31, Al Mawas 44, Midani 50, Omari 81)

Afghanistan 0 Japan 6 (Kagawa 10, 50, Morishige 35, Okazaki 57, 60, Honda 74)

KUMPULAN F

Taiwan 1 (Wu 82) Vietnam 2 (Tien Thanh 53, Phi Son 92)

Thailand 2 (Theerathon 80, Mongkol 83) Iraq 2 (Meram 34, Mahmoud 49)

KUMPULAN G

Laos 0 Kuwait 2 (Yousef Nasser 41, Al Mutawa 86-pen)

Lebanon 0 South Korea 3 (Jang Hyun-soo 23, Koo Ja-cheol 25, Kwon Chang-hoon 60)

KUMPULAN H

Philippines 1 (Schrock 68) Uzbekistan 5 (Akhmedov 1, Rashidov 14, 81, Sergeev 43, 65)

- AFP

Berita Harian X