Sabtu, 5 September 2015 | 10:02am

Kualiti udara sederhana pagi ini

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara sederhana pagi ini dan tiada kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), 40 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana manakala 12 yang lain merekodkan bacaan IPU baik.

Bacaan IPU sederhana dicatatkan antara lain di dua kawasan di ibu negara iaitu Batu Muda (56) dan Cheras (55) selain di Putrajaya (59).

Perkara sama direkodkan di Selangor seperti Banting (66), Kuala Selangor (57), Pelabuhan Klang (80), Petaling Jaya (61) dan Shah Alam (71).

Bacaan sederhana turut dicatatkan di kebanyakan kawasan di Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Terengganu, dan Sarawak.

Sementara itu, kesemua kawasan di Sabah pula merekodkan bacaan IPU baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik; 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman web JAS di http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan mereka. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X