Isnin, 31 Ogos 2015 | 12:20pm

Golf: Tamulis rangkul kejuaraan Yokohama Tire LPGA Classic

PEMAIN veteran, Kris Tamulis, merangkul kejuaraan pertamanya pada jelajah LPGA, selepas memenangi Yokohama Tire LPGA Classic. - Foto AFP

PRATTVILLE, Amerika Syarikat: Pemain veteran, Kris Tamulis, merangkul kejuaraan pertamanya pada jelajah LPGA, selepas memenangi Yokohama Tire LPGA Classic di sini.

Kejayaan pemain Amerika Syarikat (AS) itu hadir selepas dia melakukan lapan birdie untuk mencatat tujuh di bawah par 65 dan keseluruhan 17 di bawah 271.

Dia berjaya mengatasi bekas pemain nombor satu dunia, Tseng Ya-ni dan pendahulu pusingan ketiga, Austin Ernst yang terpaksa berpuas hati berkongsi kedudukan di tempat kedua, dengan kelebihan satu pukulan.

Pemain AS, Sydnee Michaels (67) dan Lexi Thompson (69) berkongsi di tempat keempat, dua pukulan mengatasi dua lagi wakil AS, Stacy Lewis dan Jaye Marie Green.

KEPUTUSAN:

  • 271 - Kris Tamulis 71-68-67-65
  • 272 - Tseng Ya-ni (TPE) 70-64-71-67, Austin Ernst 70-65-68-69
  • 274 - Sydnee Michaels 67-70-70-67, Lexi Thompson 69-67-69-69
  • 276 - Stacy Lewis 70-68-72-66, Jaye Marie Green 71-67-71-67
  • 277 - Hsu Wei-Ling (TPE) 69-70-74-64
  • 278 - Nannette Hill 71-70-69-68, Julieta Granada (PAR) 68-68-71-71, Kim Sei-Young (KOR) 69-70-67-72
  • 279 - Alena Sharp (CAN) 71-72-69-67
  • 280 - Feng Shanshan (CHN) 72-70-70-68, Kim Hyo-Joo (KOR) 68-72-72-68, Park Hee-Young (KOR) 73-69-69-69, Brooke Henderson (CAN) 71-70-70-69, Lin Xi Yu (CHN) 70-71-68-71, Tiffany Joh 67-70-71-72, Brittany Lang 65-73-69-73
  • 281 - Ariya Jutanugarn (THA) 68-73-73-67, Angela Stanford 72-71-69-69, Yan Jing (CHN)

    72-70-68-71

- AFP

Berita Harian X