Khamis, 27 Ogos 2015 | 1:13pm

Tahap kualiti udara di seluruh negara bertambah baik

PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kepayang Seremban 2, (dari kiri) Muhammad Ikmal Rosli, 14, Ahmad Daniel Aqasha Muhammad Shafi, 14, Nazam Aiman Shamsul Mustaffa, 14, dan Akmal Nizam Samsul Mustaffa, 13, berjalan ke sekolah untuk sesi petang menggunakan topeng muka berikutan jerebu. - Foto Iqmal Haqim Rosman
PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kepayang Seremban 2, (dari kiri) Muhammad Ikmal Rosli, 14, Ahmad Daniel Aqasha Muhammad Shafi, 14, Nazam Aiman Shamsul Mustaffa, 14, dan Akmal Nizam Samsul Mustaffa, 13, berjalan ke sekolah untuk sesi petang menggunakan topeng muka berikutan jerebu. - Foto Iqmal Haqim Rosman

KUALA LUMPUR: Tahap kualiti udara di seluruh negara bertambah baik pagi ini apabila tiada lagi kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga pukul 11 pagi, bacaan IPU sederhana dicatat di Langkawi (77), Alor Setar dan Nilai (74), Sungai Petani (73), Seri Manjung, Perak (70), Larkin Lama (63), Muar (61), Pasir Gudang (59), Bakar Arang (74), SMK Tanjung Chat, Kota Bharu (52), Bandaraya Melaka (64), Bukit Rambai (65), Port Dickson (69), Seremban (62) dan Balok Baru, Kuantan (55).

Kualiti IPU sederhana turut direkodkan di Jerantut (68), Jalan Tasek, Ipoh (68), Kampung Air Putih, Taiping (68), Kangar (68), Perai (66), Seberang Jaya 2 (73), USM Pulau Pinang (72), Keningau, Sabah (54), Kuching Sarawak (69), Samarahan (75), Jerantut (68), Sarikei (55) dan Sri Aman (71).

Kawasan lain yang turut mencatat IPU sederhana ialah Kuala Selangor (72), Pelabuhan Kelang (86), Petaling Jaya (68), Shah Alam (76), Kuala Terengganu (60), Paka (60), Batu Muda, Kuala Lumpur (69), Cheras (62) dan Putrajaya (69).

Bacaan IPU baik pula dicatat di beberapa kawasan iaitu di Kota Tinggi, Johor (39), Tanah Merah, Kelantan (41), Tanjung Malim, Perak (43), Sandakan, Sabah (32), Tawau (40), Bintulu, Sarawak (47), Miri (47), Kapit (37), Limbang (36), Sibu (49) dan Labuan (46).

Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik; antara 51 dan 100 (sederhana), antara 101 dan 200 (tidak sihat), antara 201 dan 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman web JAS di http://www.doe.gov.my untuk mengetuai bacaan IPU di kawasan mereka. -- BERNAMA

Berita Harian X