Sabtu, 22 Ogos 2015 | 10:12pm

F1: Hamilton terus dominasi, sambar petak pertama GP Belgium

PELUMBA Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton. - Foto AP
PELUMBA Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton. - Foto AP

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium: Pelumba Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton terus memperaga pemanduan meyakinkan apabila merekodkan masa terpantas sesi kelayakan Grand Prix Belgium, hari ini.

Ia petak pertama ke-10 buat Hamilton yang sedang memimpin kedudukan kejuaraan musim ini diikuti rakan sepasukannya, Nico Rosberg di petak kedua.

Pelumba pasukan Williams, Valtteri Bottas dalam pada itu membuat kejutan apabila melakar masa ketiga terpantas diikuti pelumba Lotus, Romain Grosjean.

Sekalipun di saing hebat Rosberg, Hamilton kekal dengan pemanduannya dengan masa terpantas yang dicatat direkodkan pada dua pusingan terakhir sesi kelayakan.

"Saya amat gembira dengan keputusan hari ini, sasaran saya adalah untuk mendapatkan petak pertama dan ketika sesi kelayakan, Nico amat-amat hampir, dua pusingan terakhir saya adalah yang terbaik saya lakukan sepanjang minggu ini," kata Hamilton.

"Jika kamu mendapat keseimbangan yang betul di litar ini, ia sudah tentu salah satu litar yang paling menggembirakan untuk berlumba," katanya.

Rosberg sebelum ini dikejutkan apabila tayar jenteranya pecah ketika sesi ujian masa dan mengakui insiden itu sedikit mengganggunya.

Bermula di petak kelima ialah pelumba Force India, Sergio Perez diikuti pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo di petak keenam.

Hamilton ketika ini mendahului Rosberg dengan 21 mata selepas 10 perlumbaan.

Berikut kedudukan grid perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Belgium di Litar Spa-Francorchamps berakhir sesi kelayakan, hari ini. - Agensi

1. Lewis Hamilton (GBR) MERCEDES AMG PETRONAS

2. Nico Rosberg (GER) MERCEDES AMG PETRONAS

3. Valtteri Bottas (FIN) WILLIAMS-MERCEDES

4. Romain Grosjean (FRA) LOTUS - MERCEDES

5. Sergio Perez (MEX) FORCE INDIA - MERCEDES

6. Daniel Ricciardo (AUS) REDBULL - RENAULT

7. Felipe Massa (BRA) WILLIAMS-MERCEDES

8. Pastor Maldonado (VEN) LOTUS - MERCEDES

9. Sebastian Vettel (GER) FERRARI

10. Carlos Sainz Jr (ESP) TORO ROSSO - RENAULT

11. Nico Huelkenberg (GER) FORCE INDIA - MERCEDES 12. Daniil Kvyat (RUS) REDBULL - RENAULT

13. Marcus Ericsson (SWE) SAUBER - FERRARI

14. Kimi Raikkonen (FIN) FERRARI

15. Felipe Nasr (BRA) SAUBER - FERRARI

16. Will Stevens (GBR) MARUSSIA - FERRARI

17. Roberto Merhi (ESP) MARUSSIA - FERRARI

18. Max Verstappen (NED) TORO ROSSO - RENAULT

19. Jenson Button (GBR) MCLAREN

20. Fernando Alonso (ESP) MCLAREN

Berita Harian X