Jumaat, 31 Julai 2015 | 6:24pm

Beijing dipilih tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

TANDA berlampu mempromosikan 'Beijing 2022' di Zhangjiakou, wilayah Hebei, China. Beijing telah dipukul Almaty di undi untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengumumkan pada 31 Julai 2015 di Kuala Lumpur, Malaysia. - Foto EPA

KUALA LUMPUR: Beijing dipilih sebagai tuan rumah temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Pemilihan itu dibuat oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) menerusi undian, di sini, sebentar tadi.

Beijing mengenepikan cabaran Bandaraya, Almaty, Kazakhstan.

Kejayaan itu sekali gus menjadikan ibu negara China ini muncul sebagai bandaraya pertama di dunia menjadi tuan rumah temasya Sukan Olimpik Musim Panas dan Sejuk.

Ia sebelum ini menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas pada tahun 2008. - AFP

Berita Harian X