Selasa, 28 Julai 2015 | 12:15am
ANTARA koleksi UNIQLO dari Hana Tajima. - Foto Saifullizan Tamadi
KOLEKSI UNIQLO menjurus kepada penerokaan, pembangunan dan rekaan yang menghubungkan antara gaya hidup dengan keperluan wanita. - Foto Saifullizan Tamadi
KOLEKSI hijab skarf dan anak tudung . - Foto Saifullizan Tamadi
SENTUHAN UNIQLO boleh digayakan dengan pelbagai gaya. - Foto Saifullizan Tamadi

Gaya kreatif pereka United Kingdom

HANA Tajima bersama koleksinya di UNIQLO Farenheit 88 Malaysia. - Foto Saifullizan Tamadi

HANA Tajima, jenama fesyen yang pernah hadir umpama tsunami beberapa tahun kebelakangan ini. Golongan muda pula begitu tertarik untuk menyarungkan tudung dengan gaya kreatif pereka fesyen ini.

Sememangnya, apa yang saja yang dihidangkan jenama ini begitu unik dan menjadi kegilaan. Pereka fesyen kelahiran Jepun ini begitu teliti dalam penghasilan busana mahupun hijab keluarannya sehingga tidak pernah mengecewakan peminatnya.

KOLEKSI UNIQLO bukan saja selesa, tetapi boleh disuai padan dan dipelbagaikan untuk mempelbagaikan gaya. - Foto Saifullizan Tamadi

REKAAN UNIQLO tampak sederhana dan menarik. - Foto Saifullizan Tamadi.

Koleksi kreatif memikat

Lantaran itu, kehadiran Hana Tajima ke Malaysia, baru-baru ini sempena kerjasama beliau dengan jenama UNIQLO begitu mendapat perhatian daripada pelbagai lapisan.

Melahirkan koleksi dengan konsep sederhana yang turut didedikasi kepada wanita sederhana, koleksi julung kali bersama UNIQLO muncul dengan rekaan yang menjurus kepada penerokaan, pembangunan dan rekaan yang menghubungkan antara gaya hidup dengan keperluan wanita bercita rasa baharu.

Kata pereka dari United Kingdom ini, beliau mahu mencipta satu dunia fesyen khusus buat wanita yang mahukan kesederhanaan dalam kehidupan. "Justeru, koleksi yang dilahirkan bukan saja selesa, tetapi boleh disuai padan dan dipelbagaikan untuk mempelbagaikan gaya," katanya.

WARNA terang ditampilkan menerusi rekaan UNIQLO. - Foto Saifullizan Tamadi

Inspirasi pelbagai budaya

Koleksi pertama ini diinspirasikan daripada pelbagai budaya dan beliau melahirkan rekaan ini sebagai penghargaan kepada kepelbagaian itu.

Lebih menarik, ia dicipta untuk disuai padan mengikut selera peminat fesyen dan kesesuaian majlis yang dihadiri, malah ia juga menepati ciri yang diinginkan ramai wanita.

Antara yang menarik adalah hijab skaf, blaus rayon, gaun labuh dan anak tudung yang selesa digayakan.

Sama seperti yang ditekankan UNIQLO dalam koleksi sebelum ini, Hana Tajima turut mementingkan keselesaan dan praktikal kepada pemakai busananya.

Lebih istimewa, harga ditawarkan berpatutan dan seiring dengan kualiti ditampilkan.

HANA Tajima (tengah) bersama model UNIQLO pada pertunjukan fesyen dengan koleksi sederhana. - Foto Saifullizan Tamadi

Penuhi impian ramai

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi, UNIQLO Global dan Ketua Pegawai Eksekutif UNIQLO, Asia Tenggara, Taku Morikawa, berkata koleksi itu adalah susulan kepada konsep pakaian ditawarkan membawa sesuatu yang bergaya, berkualiti tinggi untuk sesiapa juga walau di mana mereka berada, selain mempelbagaikan gaya.

Beliau berkata, pihaknya memilih bekerjasama dengan pereka fesyen itu bagi merealisasikan impian ramai untuk menyarungkan pakaian direka penuh sederhana dan dengan harga berbaloi.

"Ia bukan saja bergaya, tetapi sangat selesa. Koleksi diketengahkan juga kontemporari, terkini dan boleh disuai padan, selain mengikut budaya setempat," katanya.

Berita Harian X