X
Ahad, 26 Julai 2015 | 10:49pm

Vettel menyamai rekod Senna dengan kemenangan di Hungary

SEBASTIAN Vettel meraikan kemenangannya selepas menjuarai perlumbaan Grand Prix Hungary untuk kali pertama di Litar Hungaroring, Budapest, Hungary. - Foto Reuters
SEBASTIAN Vettel meraikan kemenangannya selepas menjuarai perlumbaan Grand Prix Hungary untuk kali pertama di Litar Hungaroring, Budapest, Hungary. - Foto Reuters

BUDAPEST: Sebastian Vettel memenangi Grand Prix Hungary untuk kali pertama sebentar tadi selepas perlumbaan penuh aksi yang menyaksikan beliau menyamai rekod 41 kemenangan Grand Prix yang dicatatkan Ayrton Senna.

Juara dunia empat kali itu yang menamatkan perlumbaan dalam jentera Ferrari untuk kemenangan kedua musim ini, segera memberi penghormatan kepada pemandu Perancis, Jules Bianchi, yang meninggal dunia pada 27 Julai akibat kecederaan yang dialami pada Grand Prix Jepun tahun lalu dan dikebumikan Selasa lalu.

Dua pemandu Red Bulls menyusul Vettel - Daniil Kvyat dari Russia yang pertama kali meraih kedudukan podium dan pemenang tahun lalu, Daniel Ricciardo dari Australia.

Pemandu muda Toro Rosso, Max Verstappen, 17, mempamerkan pemanduan hebat untuk menduduki tempat keempat di litar di mana bapa beliau, Jos, meraih kedudukan podium pada 1994. - AFP

Berita Harian X