Sabtu, 25 Julai 2015 | 11:13am

Saya masih nombor satu dunia: Bolt

Usain Bolt
Usain Bolt

LONDON: Usain Bolt melaungkan betapa dia masih lagi Raja Pecut Dunia selepas kembali dari kecederaan berterusan untuk mencatat 9.87 saat acara 100 meter pada saingan Liga Berlian London, di sini.

Ketika ditanya mengenai persembahannya itu - pada saingan awal dan final di trek basah Stadium Olimpik itu - yang membuktikan dia masih lagi nombor satu di dunia, pelari pecut berusia 28 tahun dari Jamaica itu berkata: "Saya tidak pernah nombor dua'.

"Saya masih nombor satu," kata Bolt yang juga juara Olimpik dan pemegang rekod dunia.

"Saya akan terus menjadi nombor satu. Itulah perancangannya sehingga saya bersara,".

Mengikut rekod 100 meter yang dicatatkan pada tahun ini, masa yang dirakamkan Bolt itu adalah yang keenam terbaik setakat ini.

Pelari Amerika Syarikat, Justlin Gatlin yang sebelum ini menjalani penggantungan selama dua tahun kerana kesalahan doping, mendahului senarai dengan catatan 9.74 saat, selain dua larian lain masing-masing 9.75 saat dan 9.78 saat.

Bagaimanapun Bolt, masih ada ruang untuk memperbaiki catatannya itu sebelum mempertahankan kejuaraan 100 meter dan 200 meter pada Kejohanan Dunia di Beijing yang bermula 22 Ogos ini di Stadium `Sarang Burung' - gelanggang dia memenangi tiga emas Olimpik pada 2008 menerusi acara 100 meter, 200 meter dan 4X100 meter lari berganti-ganti).

Pelari kelahiran Jamaica ini memenangi semua acara pecut 100 meter dan 200 meter yang disertainya sepanjang tujuh tahun lalu, kecuali acara 100 meter pada Kejohanan Dunia di Korea Selatan selepas permulaannya dibatalkan.

KEPUTUSAN LIGA BERLIAN LONDON

LELAKI

Final 100 meter

1. Usain Bolt (JAM) 9.87

2. Mike Rodgers (USA) 9.90

3. Kemar Bailey-Cole (JAM) 9.92

4. Chijindu Ujah (GBR) 9.96

5. Jimmy Vicaut (FRA) 9.98

6. Trell Kimmons (USA) 10.07

7. Nesta Carter (JAM) 10.08

8. Kim Collins (SKN) 10.09

9. James Dasaolu (GBR) 10.19

Saringan pertama 100 meter

1. Kemar Bailey-Cole (JAM) 10.02

2. Jimmy Vicaut (FRA) 10.05

3. Nesta Carter (JAM) 10.08

4. Charles Silmon (USA) 10.24

5. Harry Aikines-Aryeetey (GBR) 10.33

6. James Ellington (GBR) 10.35

7. Ojie Edoburun (GBR) 10.39

8. Ryan Bailey (USA) 10.40

Saringan kedua 100 meter

1. Usain Bolt (JAM) 9.87

2. Mike Rodgers (USA) 9.92

3. Kim Collins (SKN) 10.02

4. Chijindu Ujah (GBR) 10.04

5. James Dasaolu (GBR) 10.12

6. Trell Kimmons (USA) 10.15

7. Andrew Robertson (GBR) 10.23

. Richard Kilty (GBR) DQF

200 meter

1. Zharnel Hughes (AGU) 20.05

2. Dedric Dukes (USA) 20.14

3. Anaso Jobodwana (RSA) 20.20

4. Nickel Ashmeade (JAM) 20.24

5. Julian Forte (JAM) 20.25

6. Daniel Talbot (GBR) 20.56

7. Curtis Mitchell (USA) 20.64

8. Harry Adams (USA) 20.82

9. Ameer Webb (USA) 20.87

3000 meter

1. Mo Farah (GBR) 7:34.66

2. Othmane El Goumri (MAR) 7:36.71

3. Emmanuel Kipsang (KEN) 7:37.05

4. Yenew Alamirew (ETH) 7:38.47

5. Collis Birmingham (AUS) 7:39.85

6. Bashir Abdi (BEL) 7:40.44

7. Bernard Lagat (USA) 7:42.78

8. Chris Derrick (USA) 7:43.77

9. Lopez Lomong (USA) 7:45.77

10. Suguru Osako (JPN) 7:46.14

11. Elroy Gelant (RSA) 7:47.35

12. Brett Robinson (AUS) 7:48.59

13. Lee Emanuel (GBR) 7:51.30

14. Fredrick Kipkosgei Kiptoo (KEN) 7:58.31

. Gideon Gathimba (KEN) DNF

. Peter Callahan (USA) DNF

110 meter Lompat Pagar

1. Jason Richardson (USA) 13.19

2. Pascal Martinot-Lagarde (FRA) 13.22

3. Ronnie Ash (USA) 13.26

4. Aries Merritt (USA) 13.32

5. Orlando Ortega (CUB) 13.32

6. Jeff Porter (USA) 13.53

7. Kevin Craddock (USA) 13.59

8. Lawrence Clarke (GBR) 13.67

9. David Omoregie (GBR) 13.77

Lompat Tinggi

1. Marco Fassinotti (ITA) 2.31 m

2. Gianmarco Tamberi (ITA) 2.28

3. Mutaz Essa Barshim (QAT) 2.28

4. Erik Kynard (USA) 2.24

5. Robert Grabarz (GBR) 2.24

6. Naoto Tobe (JPN) 2.24

. Matus Bubenik (SVK) 0

. JaCorian Duffield (USA) 0

Lempar Cakera

1. Philip Milanov (BEL) 65.14 m

2. Robert Urbanek (POL) 64.47

3. Benn Harradine (AUS) 63.98

4. Piotr Malachowski (POL) 63.83

5. Vikas Gowda (IND) 63.69

WANITA

400 meter

1. Natasha Hastings (USA) 50.24

2. Francena McCorory (USA) 50.67

3. Stephenie Ann McPherson (JAM) 50.91

4. Christine Ohuruogu (GBR) 51.00

5. Novlene Williams-Mills (JAM) 51.43

6. Christine Day (JAM) 51.43

1500 meter

1. Laura Weightman (GBR) 4:06.09

2. Gabrielle Grunewald (USA) 4:06.35

3. Katie Follett (USA) 4:06.54

4. Rababe Arafi (MAR) 4:06.66

5. Treniere Moser (USA) 4:08.06

100 meter Lompat Pagar

1. Jasmin Stowers (USA) 12.47

2. Dawn Harper (USA) 12.64

3. Brianna Rollins (USA) 12.65

4. Tiffany Porter (GBR) 12.67

5. Jessica Ennis-Hill (GBR) 12.79

. Lolo Jones (USA) DSQ

. Serita Solomon (GBR) DNF

400 meter lompat pagar

1. Zuzana Hejnova (CZE) 53.99

2. Georganne Moline (USA) 54.24

3. Cassandra Tate (USA) 54.36

4. Eilidh Child (GBR) 54.48

5. Wenda Theron Nel (RSA) 54.81

. Adekoya Kemi (BRN) DNF

Lompat Kijang

1. Olga Rypakova (KAZ) 14.33 m

2. Kimberly Williams (JAM) 14.15

3. Dana Veldaková (SVK) 13.66

4. Sineade Gutzmode (GBR) 13.54

5. Dovilé Dzindzaletaité (LTU) 13.44

6. Jeanine Assani Issouf (FRA) 13.33

7. Lucie Majková (CZE) 13.27

8. Theresa Nzola Meso (FRA) 13.11

- AFP

Berita Harian X