Khamis, 23 Julai 2015 | 11:04am
KAPAL angkasa Soyuz TMA 17M berlepas dari Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan ke Stesen Angkasa Antarabangsa, hari ini membawa tiga angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). - Foto EPA

Soyuz bawa 3 angkasawan berlepas ke ISS


TIGA angkasawan bersedia untuk menaiki kapal angkasa Syouz, dari kiri; angkasawan Amerika Syarikat, Kjell Lindgren, kosmonaut Russia, Oleg Kononenko dan kosmonaut Jepun, Oleg Kononenko (kanan). - Foto EPA

BAIKONUR, Kazakhstan: Tiga angkasawan menaiki kapal angkasa Soyuz berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) hari ini selepas tertangguh selama dua bulan disebabkan kegagalan roket Russia itu.

Kapal angkasa Soyuz TMA 17M itu yang berlepas dari Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan pada 2102 GMT, membawa kosmonaut Russia, Oleg Kononenko, angkasawan Amerika Syarikat, Kjell Lindgren, dan Kimiya Yui dari Jepun.

"Semuanya baik dan mengikut perancangan," kata kosmonaut veteran Yurchikhin ketika membuat ulasan selari menerusi televisyen.

Semua pihak mengikuti pelancaran itu selepas Russia terpaksa menangguhkan pelepasan angkasawan pada Mei lalu susulan kegagalan misi kapal bekalan akibat kerosakan enjin roket.

Russia menghentikan semua perjalanan ke angkasa selepas kegagalan kapal angkasa Progress itu membawa kargo ke ISS pada hujung April lalu. Kapal angkasa tanpa angkasawan itu terputus hubungan dengan Bumi dan terbakar di atmosfera.

Ketiga-tiga angkasawan berkenaan dijadualkan tiba di ISS kurang daripada tiga jam jika semua perancangan berjalan lancar. -

Berita Harian X