Sabtu, 18 Julai 2015 | 12:21am
 GALERI Numismatik di Sasana Kijang, Bank Negara. - Foto Salhani Ibrahim
GALERI Numismatik di Sasana Kijang, Bank Negara. - Foto Salhani Ibrahim
SYCEE, bentuk kasut, mata wang yang digunakan China pada tahun 1820-1925. - Foto Salhani Ibrahim
SYCEE, bentuk kasut, mata wang yang digunakan China pada tahun 1820-1925. - Foto Salhani Ibrahim
DUIT bentuk binatang. - Foto Salhani Ibrahim
DUIT bentuk binatang. - Foto Salhani Ibrahim
TALI pinggang duit syiling yang digunakan di Sarawak pada abad ke-19. - Foto Salhani Ibrahim
TALI pinggang duit syiling yang digunakan di Sarawak pada abad ke-19. - Foto Salhani Ibrahim
JONGKONG bentuk penyu (kiri) san ayam jantan, Semenanjung Tanah Melayu pada Abad ke-18 terdapat di Numismatics Gallery, Sasana Kijang. - Foto Salhani Ibrahim
JONGKONG bentuk penyu (kiri) san ayam jantan, Semenanjung Tanah Melayu pada Abad ke-18 terdapat di Numismatics Gallery, Sasana Kijang. - Foto Salhani Ibrahim

Duit lambang tingkah laku manusia

NUMISMATIK adalah satu nama yang sangat asing dan sangat jarang didengari kebanyakan orang, namun mempunyai kepentingan yang besar kepada peradaban manusia.

Ilmu numismatik adalah antara cabang pengetahuan ekonomi yang berkait dengan kepakaran mengenali teknologi duit, seni pembuatan wang dan sejarah atau latar belakang sesuatu duit itu.

Menerusi penguasaan numismatik, seseorang individu itu akan dikenali sebagai numismatis dan lazimnya dijadikan pakar rujuk bagi pihak berkuasa untuk mengeluarkan wang baharu.

Kurator Galeri Numismatik Bank Negara, Wan Muhammad Danial Wan Omar, berkata bilangan numismatis di negara ini dipercayai sangat sedikit dan menyifatkan pengetahuan yang dimiliki mereka adalah amat bernilai.

"Numismatis berkeupayaan menilai jenis mata wang atau duit, sejarah pembuatannya, seni yang ada pada sesuatu mata wang itu dan mereka mampu menjelaskan tingkah laku dan keadaan ekonomi bagi pengguna mata wang itu berdasarkan pada tarikh atau tahun duit itu dikeluarkan.

Kurator Galeri Numismatik Bank Negara, Wan Muhammad Danial Wan Omar. - Foto Salhani Ibrahim
Kurator Galeri Numismatik Bank Negara, Wan Muhammad Danial Wan Omar. - Foto Salhani Ibrahim

"Mereka juga mampu mengesan sekiranya sesuatu duit itu adalah pengeluaran semula, palsu atau tulen mengikut pada bahan yang digunakan untuk membuat satu-satu duit itu," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Wan Muhammad Danial menyifatkan, ilmu numismatik di negara ini masih baharu, malah di peringkat universiti, ia dianggap satu subjek yang jarang diperkatakan, bagaimanapun kesedaran mengenainya sedang berkembang.

Katanya, berbeza dengan negara maju, numismatis mampu menjana pendapatan sehingga berjuta ringgit berdasar tahap kepakaran masing-masing, selain majoritinya mempunyai koleksi mata wang lama atau yang jarang terdapat di pasaran kewangan.

"Sekiranya anda mempunyai ilmu numismatik, anda boleh buat duit. Sebagai contoh, ada seorang numismatis di Pantai Timur mempunyai koleksi mata wang lama sehingga bernilai RM2 juta.

SEBAHAGIAN mata wang lama yang terdapat di Galeri Numismatik, Sasana Kijang. - Foto Salhani Ibrahim
SEBAHAGIAN mata wang lama yang terdapat di Galeri Numismatik, Sasana Kijang. - Foto Salhani Ibrahim

"Ilmu numismatik membolehkan anda menguasai sejarah, ekonomi, kewangan dan sosio budaya sesebuah tamadun kerana ia berkaitan dengan duit. Duit melambangkan tingkah laku manusia dan tahap peradaban secara umum," katanya.

Wan Muhammad Danial berkata, institusi pengajian tinggi di negara ini wajar mengambil inisiatif meneroka ilmu numismatik dan menyarankan supaya diwujudkan program pengajian khusus berkaitan dengannya.

Katanya, ia akan membolehkan teknologi pengeluaran mata wang di negara ini dipertingkatkan dari semasa ke semasa serta mengukuhkan bidang arkeologi dan ekskavasi wang, sekali gus mengembangkan pasaran koleksi mata wang terdahulu.

DUIT Lat (hadapan). - Foto Salhani Ibrahim
DUIT Lat (hadapan). - Foto Salhani Ibrahim

"Numismatis bertanggungjawab membawa bukti sejarah negara kepada masyarakat. Sebagai contoh, numismatis mendedahkan Jepun pernah mengeluarkan duit syiling selain duit kertas pisang untuk Tanah Melayu pada tahun 1942.

"Perkara paling menarik ialah tertera nama Malaysia pada duit syiling Jepun yang dikeluarkan pada tahun itu dan ia membuktikan Malaysia bukan perkataan asing. Setakat ini, ada dua sahaja duit syiling itu di dunia ini," katanya.

Berita Harian X