Isnin, 13 Julai 2015 | 6:06pm

Rodgers sahkan perpindahan Sterling di Bangkok


Raheem Sterling

BANGKOK: Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mengesahkan perpindahan pemain antarabangsa England, Raheem Sterling ke sebuah kelab pencabar Liga Perdana Inggeris dan sedang menunggu ujian perubatan.

Media di Britain, semalam melaporkan nilai perpindahan Sterling ke Manchester City bernilai 49 juta pound (RM290.29 juta).

Rodgers yang bercakap ketika sidang media di Thailand bagi membuka kempen jelajah pra-musim Asia dan Australia tidak memberikan sebarang maklumat terperinci mengenai perpindahan itu.

Begitupun, dia mengesahkan persetujuan sudah dicapai.

"Situasinya amat mudah. Kelab sudah bersetuju dengan sebuah lagi kelab bagi perjanjian untuk Rahemm berpindah dan bergantung kepada ujian perubatan yang akan dilaluinya," kata Rodgers.

Sterling ditinggalkan Liverpool di saat-saat akhir bagi siri jelajah Asia dan Australia yang turut membabitkan Malaysia sekalipun namanya sudah tersenarai dalam 30 pemain, semalam. - Reuters

Berita Harian X