Sabtu, 11 Julai 2015 | 5:49pm

24 selamat bas pesiaran terbakar

SERAMAI 24 orang termasuk pemandu sebuah bas persiaran sempat menyelamatkan diri apabila kenderaan itu terbakar di Kilometer 264 Lebuh Raya Utara Selatan, Seremban, pada jam 3.30 petang tadi. - Foto NSTP

SEREMBAN: Seramai 24 orang termasuk pemandu sebuah bas persiaran sempat menyelamatkan diri apabila kenderaan itu terbakar di Kilometer 264 Lebuh Raya Utara Selatan di sini, hari ini.

Jurucakap bomba berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, pemandu dipercayai sempat memberhentikan bas berkenaan yang mengalami kerosakan enjin di tepi jalan sebelum mengarahkan penumpang turun.

"Pasukan bomba tiba 22 minit kemudian dan mendapati semua penumpang sudah berada jauh daripada bas yang sedang terbakar itu.

"Pemandu memberitahu dia menyedari asap keluar dari bahagian enjin dan segera memberhentikan kenderaan dan minta penumpang turun sebelum menghubungi bomba apabila melihat api semakin besar," katanya.

Berita Harian X