Sabtu, 4 Julai 2015 | 11:28am

Vegas, Langley dahului Greenbrier Classic, Woods kekal menyerlah

TIGER Woods tees off pada lubang ke-11 pada pusingan kedua Greenbrier Classic. - Foto AFP

WHITE SULPHUR SPRING, Amerika Syarikat: Tiger Woods terus menyerlah pada saingan Greenbrier Classic, di sini, tatkala pemain Venezuela, Jhonattan Vegas catat lima bawah par 65 untuk menyertai Scott Langley menjadi pendahulu bersama, sebentar tadi.

Vegas catat lima birdie tanpa bogey sembilan di bawah par selepas sembilan lubang pertama dengan keseluruhan 131 pukulan. Langley yang menjadi pendahulu semalam, selepas melakukan 62 di pusingan pertama, catat satu di bawah 69.

Mereka jelas diasak hebat sepanjang saingan oleh sekumpulan tujuh pemain dengan hanya memiliki kelebihan satu pukulan.

Pemain Kanada, David Hearn dan Bryce Molder dari Amerika Syarikat (AS) catat 64 untuk menyertai kumpulan berkenaan dengan keseluruhan 132, manakala pemain England, Greg Owen dan Chad Collins (AS) melakukan 67 pukulan.

Selain itu, pemain New Zealand, Danny Lee dan Jonathan Byrd dari AS meraih 69 untuk melengkapkan kumpulan itu dengan catatan lapan di bawah par.

Enam pemain lagi terikat dengan 133 manakala 10 lagi dengan 134.

Woods yang juga bekas pemain nombor satu dunia, bangkit dari kekecewaan di Terbuka AS di Chambers Bay sebelum ini, berjaya mengelak dari terus tercicir di pusingan awal buat pertama kali dalam kerjayanya, selepas catat satu di bawah 69 untuk mengetuai kumpulannya yang turut merangkumi juara dua kali Masters, Bubba Watson (68).

Dia yang mencatatkan 66 pada pusingan pertama semalam, melakukan birdie keempat pada lubang terakhir, dengan putting menarik pada jarak enam kaki untuk catat satu bawah par pada hari kedua saingan.

Namun, Woods juga melakukan tiga bogey - semuanya pada sembilan lubang pertama di lapangan Old White TPC itu.

Selepas melakukan birdie pada lubang kedua, Woods melakukan lapan par berturut-turut sebelum bogey pada lubang ke-11. Selepas itu, ia dituruti dengan birdie pada lubang 12, bogey lubang 13 dan birdie lubang 14.

Selepas catat bogey pada lubang 16, bola tee off Woods menjunam ke air pada lubang 17, namun dia berjaya menyelamatkan par pada jarak 98 ela.

Catatan 135 yang dilakukan Woods itu adalah yang terbaik dalam Jelajah AS sejak kali terakhir melakukannya pada saingan Kejohanan Deutsche Bank pada tahun 2013.

KEPUTUSAN HARI KEDUA

131 - Jhonattan Vegas (VEN) 66-65, Scott Langley 62-69

132 - Chad Collins 65-67, Bryce Molder 68-64, Danny Lee (NZL) 63-69, Kevin Chappell

65-67, Greg Owen (ENG) 65-67, David Hearn (CAN) 68-64, Jonathan Byrd 63-69

133 - James Hahn 66-67, Scott Piercy 67-66, Robert Garrigus 66-67, SJ Park (KOR) 68-65, Patrick Rodgers 68-65, Sean O'Hair 66-67

134 - Justin Thomas 67-67, Tom Hoge 68-66, Andres Romero (ARG) 67-67, Brian Davis (ENG) 64-70, J.J. Henry 68-66, Andres Gonzales 68-66, Justin Leonard 66-68, Brendon Todd 65-69, Noh Seung-Yul (KOR) 69-65, Cameron Percy (AUS) 68-66

135 - Pat Perez 67-68, Chris Stroud 66-69, Kevin Na 65-70, Robert Streb 68-67, Bubba Watson 67-68, Mark Hubbard 70-65, Ryo Ishikawa (JPN) 64-71, Eric Axley 68-67, Tony Finau 68-67, Bae Sang-Moon (KOR) 68-67, George McNeill 67-68, Tiger Woods 66-69, Morgan Hoffmann 68-67, a-Maverick McNealy 67-68

-AFP

Berita Harian X