Khamis, 2 Julai 2015 | 2:36pm

Nelayan Kuala Dungun ditemui di sempadan Thai

BESUT: Lima nelayan dari Kuala Dungun yang dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ikan sejak Sabtu lalu, ditemui selamat berhampiran sempadan Thailand dekat sini, malam tadi.

Tekong bot, Rosli Arifin, 45, serta empat awak-awaknya, Mohd Afizal Jaafar, 31; Fadzilnor Othman, 31; Mohd Faizal Kadhir Sultan, 30, dan Riduan Harun, 32, ditemui kira-kira 90 batu nautika dari Kuala Dungun.

Mereka berlima yang berasal dari Kuala Abang, Rhu Batil dan Seberang Pintasan, keluar menangkap ikan dari Kuala Dungun, kira-kira jam 8 pagi Sabtu tetapi bot mereka bocor ketika menangkap ikan di kawasan Pulau Tenggol.

Nasib mereka bertambah buruk apabila tali sauh terputus selepas dirempuh pukat jerut bot nelayan Vietnam, menyebabkan bot mereka hanyut.

Berita Harian X